Sunday, June 26, 2022

Abang Johari sedia lakukan perubahan kabinet

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi  Abang Johari  Tun Openg berkata, beliau bersedia melakukan rombakan Kabinet negeri itu mengikut keperluan dan keadaan semasa.

Kabinet baharu susulan kemenangan besar GPS dalam PRN-12 mengangkat sumpah pada malam Selasa.

Kabinet itu terdiri daripada 10 menteri, termasuk tiga timbalan ketua menteri, dan 26 menteri muda.

“Sudah tentu Kabinet ini tidak statik, ia akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan,” kata beliau dalam ucapannya di majlis malam apresiasi petugas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) di Kuching malam tadi.

“Kami akan menyelaraskan semula dengan apa yang harus kami laksanakan tetapi apa yang penting kami kena laksanakan janji,” katanya.

Menjelang PRU-12, GPS mengemukakan 34 tekad dan janji berteraskan tema ’Kestabilan, Kemakmuran dan Kegemilangan.”

“Kami ada 34 perkara dalam manifesto yang harus kami laksanakan. Sebab itu dalam menubuhkan Kabinet ini, kami juga ambil kira bagaimana kami boleh sama-sama tunaikan janji ini,” katanya lagi.

Abang Johari berkata pemilihan barisan Kabinet itu dibuatnya dengan mengambil kira pelbagai  faktor  termasuk komposisi parti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS), kawasan serta etnik.

GPS  yang terdiri daripada PBB, SUPP, PRS dan PDP memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN  dalam pilihan raya negeri pada 18 Dis lepas.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru