Tuesday, November 29, 2022

31,609 kematian, termasuk 18 kes terbaharu

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) melaporkan 18 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 31,609.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, tiga korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Pahang, Perak dan Selangor masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Kedah, Melaka dan Kuala Lumpur (masing-masing dua) serta Kelantan, Sabah dan Terengganu (masing-masing satu).

Johor, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya tiada melaporkan sebarang kes kematian.

Sebanyak 39,739 kes aktif dilaporkan, termasuk 257 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 137 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini ialah 2,773,156 setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru