Friday, October 7, 2022

Politik kukuh jamin langkah capai 2030

Secara Rawak

KUCHING: Kestabilan politik kukuh kini membolehkan Kerajaan Sarawak fokus dalam membawa negeri ini lebih dekat untuk menjadi sebuah negeri ekonomi berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2030.

Justeru, Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg berkata, pihaknya berharap dapat memberikan kekuatan dan sokongan ke arah menyatukan sektor swasta dalam memastikan pemulihan pasca-Covid-19 yang berdaya tahan dan inklusif.

“Kami yakin langkah ke hadapan untuk menggalakkan kerjasama sektor awam swasta yang strategik, iklim perniagaan yang lebih adil, tadbir urus korporat yang baik untuk menyokong pembangunan sektor swasta dan integriti perniagaan yang kukuh,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, SBF bersyukur kerana diiktiraf Kerajaan Sarawak dengan Dana Bantuan Pemulihan Perniagaan berjumlah RM20 juta untuk menganjurkan program pembangunan kapasiti dan pembangunan perusahaan untuk ahlinya bagi memperkasa dan pemulihan perniagaan baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berkata selain menyokong ekosistem perniagaan, SBF berharap dapat menghidupkan semula hubungan dua hala serantau.

Sementara, Abdul Karim berkata SBF mengalu-alukan barisan kabinet Sarawak yang baharu di bawah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Bagi pihak SBF, saya mengucapkan tahniah kepada semua menteri yang dilantik, menteri muda dan khususnya Timbalan Ketua Menteri yang baharu, Datuk Seri Dr Sim Hui Kian,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru