Tuesday, August 9, 2022

Kenali nombor pengenalan cukai anda pada tahun ini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Nombor pengenalan cukai atau Tax Identification Number (TIN) ialah nombor cukai pendapatan yang digunakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) untuk mengenal pasti pembayar cukai.

Menurut HASIL dalam satu kenyataan hari ini, setiap TIN adalah unik dan setiap pembayar cukai akan mempunyai TIN yang berbeza.

Jelasnya, cadangan melaksanakan TIN dibentangkan dalam Belanjawan 2020, dan sepatutnya mula dilaksanakan pada bulan Januari 2021.

Namun demikian, atas sebab-sebab tertentu seperti persediaan sistem dan prosedur berkaitan, maka pelaksanaannya ditangguhkan dan hanya akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2022 seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2022.

TIN akan diberi kepada:

  • Setiap orang yang mempunyai pendapatan kena cukai.
  • Setiap orang yang wajib mengemukakan Borang Nyata Cukai menurut Akta Cukai Pendapatan 1967.
  • Setiap warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

TIN diproses seperti berikut:

  • Pendaftaran secara automatik bagi pembayar cukai individu melalui maklumat Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang dikemukakan oleh para majikan kepada HASiL;
  • Pendaftaran secara automatik bagi pembayar cukai syarikat yang baharu  diperbadankan yang mendaftar secara dalam talian dengan Suruhanjaya Syarikat
    Malaysia (SSM) melalui Portal MyCoID;
  • Permohonan pendaftaran secara dalam talian melalui e-Daftar di https://edaftar.hasil.gov.my, dan
  • Permohonan secara manual di Kaunter Perkhidmatan Percukaian dan pejabat cawangan HASiL.

Bagi memudahkan orang ramai mengetahui dan merekodkan nombor TIN mereka, HASiL menyediakan lima kaedah penyemakan seperti yang berikut:

  • Secara dalam talian melalui MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my;
  • Borang Maklum Balas Pelanggan di portal rasmi HASiL www.hasil.gov.my;
  • HASiL Live Chat;
  • Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara), dan
  • Kaunter Perkhidmatan Percukaian dan pejabat cawangan HASiL.

Mulai 1 Januari 2022 penggunaan TIN akan diwajibkan kepada pembayar cukai untuk urusan seperti yang berikut:

Urusan yang melibatkan transaksi di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976).

Hal ini bermakna semua pihak yang melakukan pelupusan dan pemerolehan harta tanah atau syer syarikat harta tanah perlu mempunyai nombor TIN dalam borang nyata dan dokumen seperti yang berikut:

  • Borang CKHT 1A / CKHT 1B/ CKHT 2A/ CKHT 3;
  • Bayaran di bawah Seksyen 21B ACKHT 1976 melalui Borang CKHT 502               oleh pemeroleh, dan
  • Surat-menyurat dan rayuan berkaitan dengan transaksi di bawah ACKHT 1976.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru