Friday, August 12, 2022

Ibrahim Baki: Hidup saya kepunyaan rakyat

Secara Rawak

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N8 Satok, Dato Ibrahim Baki menyifatkan kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) baru-baru merupakan kemenangan rakyat.

Menurutnya, kemenangan bersama-sama rakyat itu menjadi semangat buat beliau untuk meneruskan legasi perjuangan mantan ADUN Satok yang juga Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mentransformasikan kawasan Satok.

Selain meneruskan kemajuan di kawasan itu, Ibrahim berkata, beliau tetap mengutamakan aspirasi rakyatnya untuk terus menikmati kemudahan dan kesenangan.

“Oleh itu, saya harus bekerja keras dan usaha bersepadu daripada rakyat khususnya ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan dan ranting amat diperlukan untuk memakmurkan kawasan Satok,” katanya pada Majlis Kesyukuran Kemenangan beliau dalam PRN12, di sini, Isnin.

Ibrahim yang sudah berkecimpung dalam politik selama 36 tahun bagaimanapun, katanya kehidupannya berubah mulai 18 Disember lalu sebaik sahaja memenangi kerusi yang ditinggalkan Abang Johari.

“Saya memberitahu keluarga  kehidupan saya selepas ini akan berubah kerana saya juga kepunyaan rakyat.

“Saya bersikap terbuka dan pendengar yang baik. Jika ada teguran dan kritikan datanglah berjumpa dengan saya. Kita bersama-sama membantu memaju dan memakmurkan Satok,” katanya.

Pada PRN12 lalu, Ibrahim Baki (GPS-PBB) mendapat majoriti undi

6,033 mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Irwan dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Awang Badele, kedua-dua calon berkenaan hilang deposit.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru