Tuesday, August 9, 2022

DAP adakan persidangan pada 16 Januari

Secara Rawak

KUCHING: DAP yang kalah teruk dalam PRN-12 lalu akan mengadakan persidangan parti peringkat negeri pada 16 Jan ini.

Persidangan itu itu akan diadakan di sebuah restoran di Jalan Stutong di sini pada 9 pagi, kata  DAP Sarawak dalam satu kenyataan,  hari ini.

Katanya lagi, notis rasmi tentang persidangan itu telah diedarkan kepada ahli parti yang layak menghadiri mesyuarat itu.

Ahli yang belum lagi menerima notis berkenaan diminta menghubungi talian 011-51337308 untuk pendaftaran.

Jelas kenyataan itu, ahli DAP yang akan menghadiri persidangan itu diminta akur kepada prosedur operasi standard bagi memastikan mesyuarat itu berjalan dengan lancar.

DAP juga meminta delegasi dan ahli yang menyertai persidangan itu terbabit secara aktif dalam pemilihan Jawatankuasa DAP Negeri dengan membawa bersama-sama mereka kad pengenalan, serta ikut serta dalam membahaskan usul.

DAP ialah parti komponen Pakatan Harapan, selain daripada PKR dan Amanah.

Dalam PRN pada 18 Disember lalu, DAP yang memenangi dua daripada 26 kerusi ditandinginya.

Dalam PRN-11 pada 2016, parti yang mula bertapak di Sarawak pada akhir 1970-an itu, memenangi tujuh kerusi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru