Tuesday, August 16, 2022

Barisan Kabinet Sarawak selesai angkat sumpah

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 10 Menteri dan 26 Menteri Muda selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang berlangsung secara maya dengan istiadat dijalankan secara fizikal di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petra Jaya,Kuching pada Selasa.

Turut hadir menyaksikan istiadat secara hibrid itu ialah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion.

Majlis angkat sumpah itu dimulakan dengan tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Upacara sama diikuti pemegang portfolio kabinet iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Kanak- Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pemodenan, Pertanian dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi serta Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Ini diikuti Menteri Muda iaitu Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Dr Jerip Susil, Datuk Liwan Lagang, Datuk Rosey Yunus, Datuk Len Talif Saleh, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Dr Annuar Rapaee, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Datuk Dr Penguang Manggil, Datuk Snowdan Lawan, Datuk Abdullah Saidol dan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Antara 12 muka baharu Barisan Kabinet Sarawak menampilkan Datuk Gerawat Gala, Dr Hazland Abang Hipni, Datuk Dr Juanda Jaya, Aidel Lariwoo, Datuk Henry Harry Jinep, Dr Ripin Lamat, Mohamad Razi Sitam, Martin Ben, Datuk Majang Renggi, Jefferson Jamit Unyat, Datuk Gerald Rentap Jabu dan Micheal Tiang Ming Tee.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru