Saturday, October 8, 2022

71 kes Omicron daripada jemaah umrah

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  memaklumkan bahawa sebanyak 58 lagi kes positif Covid-19 telah disahkan varian Omicron melalui jujukan genom penuh (WGS) yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Jelas menterinya Khairy Jamaluddin, daripada 58 kes ini, sebanyak 54 kes merupakan jangkitan import dari luar negara manakala empat (4) kes lagi merupakan penularan tempatan seperti di Lampiran 1.

Daripada 54 kes jangkitan import:

  • 39 kes adalah daripada Arab Saudi;
  • Tujuh (7) dari Emiriah Arab Bersatu (UAE)
  • Empat (4) kes dari United Kingdom
  • Dua (2) kes dari Nigeria;
  • Satu (1) kes dari Kazakhstan; dan
  • Satu (1) Perancis.

“Manakala, empat kes penularan tempatan dipercayai mendapat jangkitan daripada seorang jemaah umrah yang positif COVID-19 varian Omicron,” katanya.

“Ujian jujukan genom penuh (WGS) ke atas sampel-sampel yang menunjukkan kemungkinan varian Omicron masih dijalankan dan KKM akan memberi perkembangan terkini berhubungan pengesahan varian Omicron dari semasa ke semasa,” katanya.

Dengan keputusan terbaharu ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 yang dikesan varian Omicron di Malaysia adalah sebanyak 122 kes.

“Daripada jumlah ini, 117 kes merupakan jangkitan import dari luar negara manakala lima  kes lagi merupakan penularan tempatan,” jelasnya.

Daripada keseluruhan kes varian Omicron yang dilaporkan, sebanyak 71 kes (58.2%) merupakan jemaah umrah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru