Monday, May 16, 2022

47 kes baharu, tiada kematian di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak merekodkan   47 kes baharu Covid-19  di Sarawak hari ini.

Menurut JPBNS dalam satu kenyataan, 45 kes adalah bagi kategori satu dan dua  manakala satu kes masing-masing bagi kategori tiga dan empat.

Katanya lagi, 11 kes dicatatkan di Kuching, sembilan masing-masing di Bintulu dan Song, lima di Sibu, empat di Lawas, dan dua masing-masing di Limbang dan Kanowit.

Dan satu masing-masing di Miri, Samarahan, Lubok Antu, Pakan dan Subis.

Tiada kes kematian direkodkan di negeri ini hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru