Tuesday, November 29, 2022

31 kematian, kini jumlah keseluruhan 31,591 kes

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 31 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 31,591.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, sembilan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Selangor merekodkan angka kematian tertinggi iaitu sembilan kes, diikuti Johor, Kedah, Kelantan, Perak dan Sabah (masing-masing tiga), Pahang dan Pulau Pinang (masing-masing dua) serta Negeri Sembilan, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dicatatkan di Melaka, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 39,682 kes aktif dilaporkan, termasuk 252 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 134 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini  ialah 2,769,886 setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru