Thursday, May 19, 2022

Nelayan hilang ditemui meninggal dunia

Secara Rawak

SARIKEI: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai dijumpai lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat pagi tadi.

Mayat Saipol Arshad, 36, ditemui berhampiran tiang jeti lama iaitu lokasi kejadian itu berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis, Wan Umar Wan Alek berkata, sejurus dijumpai, mayat mangsa kemudiannnya di bawa ke terminal Tanjung Manis sebelum diserahkan kepada pihak Polis.

“Redius pencarian meliputi kawasan seluas lima kilometer ke hulu dan hilir sungai Rajang. Berikutan penemuan itu, Ops SAR ditamatkan pada jam 10.40 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Selain Bomba, Ops SAR turut dibantu anggota Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Maritim, Polis Marin dan penduduk kampung.

Katanya, operasi dilancar sejurus pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa yang dibuat oleh abangnya di Balai Polis Tanjung Manis semalam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru