Tuesday, August 9, 2022

Menteri, menteri muda angkat sumpah petang ini

Secara Rawak

KUCHING: Majlis angkat sumpah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri-menteri muda Negeri Sarawak akan diadakan pada jam 3 petang ini.

Menurut atur cara yang sempat dilihat oleh SV, majlis itu akan diadakan   di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Watikah lantikan akan disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Yang turut hadir ialah isteri beliau  Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib.

GPS telah memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN dalam PRN-12 Sarawak pada 18 Dis lalu.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada malam kemenangan itu.

Sebanyak 10 orang menteri dan 26 menteri muda menganggotai kabinet baharu susulan kemenangan bergaya GPS.

Sebanyak 12 muka baharu ditampillkan sebagai barisan pelapis.

DAP hanya menang dua kerusi manakala PSB empat kerusi.

Beberapa fokus diberi keutamaan dalam agenda Sarawak menuju 2030, termasuk pembangunan bakat, alam sekitar, ekonomi baharu dan seni persembahan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru