Tuesday, January 25, 2022

Lelaki panjat pokok, elak disuntik vaksin Covid-19

Secara Rawak

INDIA: Video seorang lelaki memanjat pokok mengelak disuntik vaksin Covid-19, tular di media sosial netizen berdebat mengenai golongan yang tidak yakin dengan keberkesanan vaksin dalam masyarakat.Klip video lucu ini dirakam di kawasan Vilianur di Puducherry.

Lelaki tersebut duduk di atas pokok berhampiran rumahnya, manakala petugas kesihatan dan jiran cuba memujuknya supaya turun dan mengambil suntikan tersebut.

“Saya tidak akan mengambil vaksin, anda tidak akan dapat bawa saya turun,” lelaki itu berkata dari atas pokok tersebut.

Menurut Arynews, sepasukan pekerja kesihatan melawat kawasan itu untuk memastikan semua penduduk mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Mereka mendapat tahu lelaki terbabit masih belum disuntik dan mereka mengunjungi rumahnya.

Apabila melihat mereka datang, lelaki itu keluar dari rumahnya dan memanjat pokok berhampiran serta enggan turun.

Keluarga, jiran dan pekerja kesihatan mendesaknya turun sambil cuba mendidiknya tentang kepentingan vaksinasi dalam mencegah penularan virus Covid-19.

Namun, lelaki itu tidak berganjak dan petugas kesihatan dilaporkan meninggalkan tempat itu tanpa menyuntiknya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru