Tuesday, January 18, 2022

Kes dadah: 90  individu di Mukah berjaya dituduh di mahkamah

Secara Rawak

MUKAH: Sebanyak 90 daripada 142 individu yang ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya di daerah ini sepanjang tahun lepas telah dituduh di mahkamah.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, jumlah berkenaan mewakili lebih 63 peratus.

“Daripada jumlah berkenaan, hanya dua kes atau tiga orang suspek disiasat mengikut Seskyen 39 B, Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun lalu,” katanya  seperti dipetik TVS.

Muhamad Rizal berkata, dua kes tersebut melibatkan seorang peniaga roti canai berusia 40 tahun ditahan pada 10 Oktober 2021 dan dua lelaki tempatan berusia 33 dan 25 tahun yang ditahan pada 23 Disember.

“Ketiga-tiga suspek terbabit ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan memiliki dadah jenis methamphetamine yang mana kes – kes berkenaan kini dalam proses perbicaraan,” katanya.

Mengenai rampasan pula, Muhamad Rizal memberitahu, dadah jenis methamphetamine merupakan yang paling banyak dirampas oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

” Sebanyak 319.78 gram dadah jenis berkenaan telah dirampas, diikuti ganja (15.09 gram) dan pil Nospan sebanyak 35 biji turut dirampas,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru