Tuesday, August 16, 2022

Kes Covid-19 Sarawak catat peningkatan

Secara Rawak

KUCHING: Jangkitan Covid-19 di negeri ini menunjukkan peningkatan dengan 24 kes baharu hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, 22 daripada kes tersebut adalah dalam kategori 1 dan 2 manakala dua lagi kes dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan 10 kes diikuti Sibu (4), Miri dan Bintulu masing-masing dengan tiga kes, Lawas (2), Betong (1) dan Marudi (1),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara, tiada kes kematian direkodkan dan tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru