Tuesday, January 18, 2022

Ejen judi loteri haram ditahan polis

Secara Rawak

BAU: Seorang lelaki disyaki ejen judi loteri haram ditahan polis di sebuah premis tidak bernombor di Jalan Penghulu Salau, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Supritenden Poge Nyaon berkata, suspek, 21, ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau kira-kira jam 1.20 petang.

“Pasukan operasi turut merampas sejumlah wang tunai dan seunit telefon bimbit daripada suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lika tahun penjara.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru