Tuesday, June 28, 2022

Boleh hadir untuk dos penggalak di PPV Klinik Kesihatan Batu Kawah

Secara Rawak

KUCHING: Lebih 200 orang menerima suntikan dos penggalak jenis Pfizer dan Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Batu Kawah pada Selasa.

Tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak mendapati, pemantauan di PPV tersebut berjalan lancar dan ianya juga bagi persiapan menghadapi virus Omicron.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan bahawa pemberian secara walk-in turut disediakan bagi memastikan rakyat yang belum mempunyai temujanji dan layak menerima vaksin, menerima vaksin dos penggalak mereka.

Justeru, rakyat yang tinggal berhampiran dan belum mempunyai janji temu boleh hadir mengambil dos penggalak di PPV Klinik Kesihatan Batu Kawah.

Pemberian suntikan dos penggalak dijalankan setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru