Tuesday, August 9, 2022

41 kes Macau Scam di Sibu berjaya dituduh di Mahkamah

Secara Rawak

KUCHING: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu mencatatkan prestasi cemerlang selepas berjaya merekodkan kes pertuduhan terbaik dan tertinggi di Sarawak.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Supt. Dr. Collin Babat, ia dibuktikan sebanyak 41 kes bekaitan Macau Scam telah berjaya dituduh di Mahkamah, manakala 23 lagi kes masih dalam siasatan.

“Secara keseluruhan, sebanyak 26 kes Macau Scam melibatkan nilai kerugian melebihi RM2.7 juta dilaporkan di Daerah Sibu bagi tempoh Januari hingga Disember tahun ini.

“Berbanding 38 kes dengan nilai kerugian melebihi RM2.5 juta pada tempoh yang sama tahun 2020,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Adun Dudong Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa Sibu menjadi sarang kes penipuan tersebut dan ramai mangsa memberitahu laporan polis yang dibuat tidak akan ke mana-mana.

Tegas Collin lagi, pihak polis telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang modus operandi terkini jenayah penipuan seperti ceramah di jabatan-jabatan kerajaan, sekolah, komuniti, rumah ibadat dan sebagainya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru