Tuesday, August 9, 2022

Mentega bernilai RM834,000 dicuri pada Krismas

Secara Rawak

QUINTE WEST: Polis wilayah di Quinte West baru-baru ini menyiasat insiden kecurian pada Krismas melibatkan mentega bernilai lebih RM834,000 (AS$200,000) dari sebuah fasiliti penyimpanan lori.

Menurut polis, empat suspek memasuki fasiliti itu sekitar 11 pagi waktu tempatan pada 25 Disember.

Mereka mencuri dua trailer mentega.

Kedua-dua trailer itu dipenuhi sekitar 20,000 kilogram mentega yang dianggarkan berjumlah RM834,200.

Menurut pigeonexpress, biarpun semua suspek berjaya ditangkap pada 27 Disember, namun kesemua mentega itu sudah hilang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru