Thursday, May 19, 2022

Kemalangan di Sri Aman: Satu cedera parah,10 terima rawatan

Secara Rawak

SRI AMAN: Seorang cedera parah sementara 10 lagi individu termasuk dua kanak-kanak menerima rawatan di hospital selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di KM 49 Jalan Sri Aman/ Sarikei semalam.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supritenden Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan yang dilaporkan kira-kira jam 3 petang membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati punca kemalangan berlaku disebabkan pemandu MPV hilang kawalan disebabkan mengantuk lalu memasuki laluan bertentangan.

“Pemandu MPV yang bergerak dari Tanjung Manis ke Sri Aman telah melanggar kereta pacuan empat roda yang bergerak dari Sri Aman ke Sarikei.

“Dalam kemalangan ini, pemandu kereta pacuan empat roda mengalami luka di kedua-dua kaki sementara pemandu MPV hanya cedera ringan menerima rawatan di Hospital Betong,” katanya dalam satu kenyataan.

Manakala beliau berkata, seramai tiga penumpang kereta pacuan empat roda dan lima penumpang MPV turut menerima rawatan di Hospital Betong.

Katanya, hanya seorang penumpang MPV mengalami cedera parah di bahagian kepala.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru