Saturday, December 3, 2022

263 usahawan di MPP terima BKSS 6.0

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 263 orang penjaja dan peniaga kecil di kawasan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menerima sumbangan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh  Lo Khere Chiang yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12. kepada tiga peniaga yang tidak mempunyai akaun bank manakala yang mempunyai akaun telah menerima melalui bank masing-masing.

Beliau yang juga Pengerusi MPP menjelaskan,  MPP akan terus menyampaikan bantuan wang tunai BKSS kepada para penjaja dan peniaga yang tidak mempunyai akaun bank.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa MPP memenangi Anugerah SDG Tahun 2021 untuk Matlamat No. 11: Bandar dan Komuniti Lestari untuk Sistem Lampu Isyarat Pintar.

Jelasnya, dengan adanya sistem lampu isyarat pintar, orang ramai kini boleh melakukan perjalanan dengan lancar terutamanya pada waktu puncak dan mempunyai pengurusan trafik yang lebih baik, pengguna jalan raya dapat menjimatkan masa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru