Tuesday, January 25, 2022

Terlepas penerbangan, wanita hentikan pesawat di landasan

Secara Rawak

PHOENIX: Seorang wanita bakal menghadapi tuduhan selepas berlari di landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbor dengan tujuan menghentikan pesawat.

Menurut laporan polis, pintu untuk ke pesawat telah ditutup apabila Vickie Meyers, dari St. Louis, Missouri, cuba menaiki pesawat.

Gara-gara enggan menunggu penerbangan seterusnya, dia dilaporkan berlari melalui pintu kaca yang memisahkan kawasan penumpang dengan landasan lapangan terbang.

Meyers cuba dihalang oleh pekerja yang terkejut melihatnya ketika dia berlari menuruni anak tangga ke arah pesawat.

Menurut polis, dia memberitahu pekerja dia berusaha menghentikan pesawat agar dia tidak terlepas penerbangannya.

Meyers didakwa dengan jenayah tahap pertama menceroboh kemudahan perkhidmatan awam yang penting, yang merupakan jenayah di Arizona, lapor pigeonexpress.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru