Saturday, January 22, 2022

Sri Aman juara Liga SSC-FAS 2021

Secara Rawak

BINTULU: Pasukan Sri Aman FA melakar sejarah tersendiri muncul juara Liga Bola Sepak SSC-FAS 2021.

Skuad yang terkenal dengan jolokan ‘The Sleeping Croc’ menumpaskan Samarahan FA (1-0) pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Sintetik BDA petang semalam.

Bintang sensasi Mohd. Adif Salim muncul wira Sri Aman FA apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-67 sejali gus memuktamadkan perjuangan penuh cemerlang anak-anak buah Sufian Ibrahim pada edisi sulung kejohanan terbabit.

Kejayaan itu menyaksikan Sri Aman FA membawa pulang wang tunai RM8,000 beserta piala dan pingat.

Berbanding wang tunai RM5,000 selain ,piala dsn pingat untuk pasukan Samarahan FA selaku naib juara.

Dalam pada itu, pasukan SU FC II dan Miri FA yang kandas diperingkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM1,500, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Hadir sama menyaksikan perlawanan akhir itu, Menteri Belia Dan Sukan Sarawak, Datuk Seri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Tetap Kementerian Belia Dan Sukan, Nancy Jolhi, Presiden FAS, Datuk Posa Majais serta barisan Exco FAS dan pegawai SSC.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru