Tuesday, January 18, 2022

Pesta Kebudayaan Sibu mungkin kembali tahun ini

Secara Rawak

SIBU:  Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) mungkin akan kembali menemui peminatnya pada tahun ini jika pandemik  Covid-19 semakin pulih.

BCF berupaya mengumpul masyarakat pelbagai etnik di Sibu dan seluruh Sarawak yang menonjolkan tarian, muzik dan makanan tradisional masing-masing.

Acara itu juga juga  mampu meletakkan Sibu dan Sarawak dalam peta pelancongan dunia.

Menurut Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Kaunselor Clarence Ting Ing Horh, pihaknya juga merancang untuk mengadakan beberapa program lain bagi acara yang menjadi tarikan pelancongan utama di sini.

“Sekiranya dapat dianjurkan semula,  BCF sudah tentu akan  dapat menceriakan warga Sibu yang sudah dua tahun hidup dalam suasana tidak menentu akibat pandemik ini,” katanya menerusi Facebooknya.

Clarence turut  mengakui, tahun lepas merupakan tempoh yang paling mencabar untuk MPS berikutan pandemik yang telah mejejaskan pelbagai urusan.

Beliau turut berharap agar 2022 menjanjikan harapan yang lebih baik bagi warga Sibu.

“Saya berharap agar orang ramai terus mengamalkan norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi melawan virus ini, selain  menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru