Tuesday, January 25, 2022

Dipenjara, hias pokok Krismas dengan wang, kokain

Secara Rawak

MERSEYSIDE: Keputusan penagih dadah menghias pokok Krismasnya dengan wang tunai dan kokain menyebabkan dia dimasuk ke penjara.

Marvin Porcelli, pengedar dadah mengambil gambar hiasan pokok Krismasnya menggunakan telefon bimbitnya.

Imej itu diambil polis, untuk ditambah kepada timbunan bukti yang mengesahkan penglibatannya dalam kumpulan narkotik utama, lapor NDTV.

Menurut polis Merseyside, Porcelli ditahan dalam operasi yang digelar “Overboard”.

Menerusi ciapan di Twitter, polis memuat naik foto pokok tersebut dengan komen mereka yang khayal dengan dadah melakukan sesuatu yang ganjil antaranya menghias pokok Krismas dengan wang dan dadah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru