Tuesday, August 9, 2022

137 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas – IPD Lundu

Secara Rawak

LUNDU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu mengeluarkan sebanyak 137 keping saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Bersepadu Dalaman pada semalam.

Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Supritenden Damataries Lautin berkata, operasi yang diadakan di sekitar Daerah Lundu, Sematan dan sekatan jalan raya (SJR) KM 6 Jalan Stunggang bermula jam 3 petang hingga 1 pagi membabitkan seorang pegawai dan 12 anggota IPD Lundu.

Beliau berkata, dalam operasi tersebut sebanyak lapan buah motosikal turut disita di bawah seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kesalahan yang kerap dilakukan pengguna jalanraya adalah pengubahsuaian nombor pendaftaran dan ekzos motosikal bahkan ada yang gagal mengemukakan lesen memandu serta telah tamat cukai jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut berkata, sebanyak 380 buah kenderaan diperiksa membabitkan 130 buah kereta dan 250 buah motosikal dalam operasi tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru