Tuesday, January 25, 2022

Indonesia sudah menyaksikan 144,000 kematian

Secara Rawak

KUCHING: Malaysia berada di tangga ke-21 dunia dari segi jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 sementara Amerika terus berada di tangga teratas.

Negara 32 juta penduduk ini merekodkan 3,573 kes terbaharu menjadikan keseluruhan kes 2,475,729.

Menurut data Worldometers, jumlah kematian pula 31,487 termasuk 25 kes terbaharu.

Indonesia, negara 273 juta penduduk berada di tangga ke-14 dengan 4,262,720 kes keseluruhan, termasuk 180 kes terbaharu.

Ia negara terburuk di Asia Tenggara dari segi jumlah jangkitan dan kematian.

Jumlah kematian pula 144,094 kes termasuk enam kes terbaharu, jauh berbeza dengan beberapa bulan lalu apabila negara itu merekodkan lebih 1,000 kematian sehari.

Filipina pula di tangga ke-20 dunia, setangga di depan Malaysia dengan jumlah keseluruhan kes melebihi 2.8 juta dan 51,504 kematian.

Thailand di tangga ke-24 dunia merekodkan 2.22 juta kes dengan lebih 21,000 kes kematian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru