Thursday, May 19, 2022

25 kes baharu, kini 31,487 kematian

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) melaporkan 25 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 31,487.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, empat korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 10 kes, diikuti Pulau Pinang (lima), Perak dan Terengganu (masing-masing tiga) serta Johor, Kedah, Pahang dan Sabah (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 41,221 kes aktif dilaporkan, termasuk 269 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 163 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini ialah 2,758,086 setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru