Friday, August 19, 2022

MA63: Sarawak kendali sistem pengangkutan sendiri 

Secara Rawak

KUCHING: Pengiktirafan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) memberi peluang kepada Kementerian Pengangkutan Sarawak mengendalikan sistem pengangkutan sendiri selain mempunyai hak dalam autonomi di negeri ini.

Menteri Muda Pengangkutan I, Datuk Dr Jerip Susil berkata, dalam MA63 senarai pengangkutan adalah bersama

antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Namun, disebabkan kebanyakan kemudahan dibangunkan Kerajaan Sarawak, maka ia tertakluk kepada penyeliaan dan tanggungjawab kerajaan negeri sendiri, katanya.

“Beberapa perkara pembangunan kementerian pengangkutan akan diletakkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak dan bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan menerusi MA63.

“MA63 juga akan membantu Sarawak menggaris dan mengutamakan pembangunan sistem pengangkutan di negeri ini dengan membolehkan kita membuat keputusan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kesedaran Keselamatan Jalan Raya di Siburan.

Dr Jerip berkata, ia akan memberi fokus terhadap sistem pengangkutan sendiri.

Dalam perkembangan lain katanya, tanggungjawab menggalas semula jawatan Menteri Muda Pengangkutan akan digunakan bagi meneruskan program yang telah dirancang sebelum ini.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kepercayaan yang diberikan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru