Thursday, May 19, 2022

Tahniah Dr Sim!

Secara Rawak

KUCHING: Tahniah kepada Presiden SUPP Datuk Seri Dr Sim Kui Hian secara rasminya diumumkan sebagai Timbalan Ketua Menteri, sekali gus menamatkan spekulasi berkaitan pelantikan jawatan tersebut daripada masyarakat Cina.

Pelantikan tersebut dilihat wajar melihat kepada kejayaan yang dikecapi sepanjang beliau menerajui SUPP serta kejayaan yang mengagumkan pada pilihan raya negeri ke-12 (PRN-12) yang berjaya menawan 13 daripada 18 kerusi yang ditandingi.

SUPP juga berjaya merampas semula lima kerusi majoriti Cina daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), iaitu Kota Sentosa, Pelawan, Bukit Assek, Tanjung Batu, dan Pujut.

Selain itu, parti itu juga berjaya mendapatkan semula Opar daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) serta berjaya mengekalkan Batu Kawah, Batu Kitang, Simanggang, Repok, Meradong, Senadin, dan Piasau.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa beliau layak diletakkan dalam jawatan yang diamanahkan sama seperti bapanya, Mendiang Tan Sri Datuk Amar Sim Kheng Hong yang juga pernah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri dari 1974 hingga 1991.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempunyai tiga timbalan ketua menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dari PBB dan mendiang Presiden PRS, Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru