Thursday, August 18, 2022

Najib cadang dana lebih besar bantu mangsa bencana

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengemukakan cadangan bagi memastikan satu dana lebih besar dapat dikumpul khusus bagi membantu mangsa bencana yang terjejas.

Beliau mencadangkan supaya kerajaan menetapkan peratusan tetap bagi kutipan cukai karbon untuk disalurkan ke tabung amanah khas bencana bagi membantu mangsa banjir.

Menurut Najib yang juga anggota parlimen Pekan, sudah tiba masa bagi sektor-sektor yang mencemarkan udara atau menyebabkan perubahan iklim seperti industri pembuatan, industri gas dan minyak, industri perumahan, sektor pembalakan dan selainnya menyumbang secara terus kepada mangsa-mangsa banjir sekiranya mereka tidak mengurangkan kesan pada perubahan iklim masing-masing.

“Saya saran peratusan yang tetap daripada kutipan cukai karbon ini disalurkan ke tabung amanah bencana ini,” katanya di Facebook.

“Sebelum ini kerajaan tidak ada peruntukan khas bagi bantuan dan segala bantuan adalah ad-hoc. Dua minggu lepas, kerajaan persekutuan baru sahaja menyalurkan RM50 juta pada dana ini,” katanya.

“Melihat kerajaan pusat berhasrat untuk memperkenalkan cukai karbon seperti negara-negara Singapura dan Indonesia dalam usaha Malaysia menjadi negara neutral karbon,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru