Tuesday, January 25, 2022

Bangunan terbakar: Dua remaja turun guna saluran paip selamatkan diri

Secara Rawak

MANHATTAN: Dalam insiden kebakaran yang berlaku di sebuah pangsapuri di Manhattan, New York, dua remaja berusia 18 dan 13 tahun dirakam menuruni paip air bangunan terbabit untuk menyelamatkan diri.

Insiden itu berlaku pada awal pagi di 118 Avenue D di Manhattan.

Menurut Jabatan Bomba Bandar New York, kebakaran yang disebabkan oleh bateri litium-ion dari basikal elektrik telah membunuh seorang lelaki muda, manakala seorang lagi mangsa cedera parah.

Dalam video yang dikongsi oleh wartawan GoodNews, kedua-dua remaja itu dilihat dikelilingi awan abu ketika api menyambar bangunan itu.

Sementara itu seorang remaja dilihat berada di tingkap, memegang erat tiang dan menghulurkan tangan membantu remaja lain menyelamatkan diri menerusi tingkap.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru