Tuesday, September 27, 2022

34 kematian, jumlah kesemua 31,462 kes

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) melaporkan 34 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 31,462.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, 11 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Perak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lapan kes, diikuti Sabah (tujuh), Johor (empat), Kelantan, Pahang dan Selangor (masing-masing tiga), Terengganu (dua) serta Kedah, Melaka, Perlis dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 45,983 kes aktif dilaporkan, termasuk 281 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 155 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini  ialah 2,754,513 setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru