Tuesday, August 9, 2022

Banyak program sukan tinju di Sarawak tahun depan

Secara Rawak

KUCHING: Beberapa program serta kejohanan berada dalam radar Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) untuk sepanjang tahun 2022.

Presiden SABA Datuk Rahman Lariwoo

Presidennya Datuk Rahman Lariwoo berkata, ia termasuk Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2022 yang bakal berlangsung pada bulan April.

“Banyak program yang berada dalam perancangan kita sepanjang tahun 2022,” ujar Datuk Rahman.

Beliau melihat kejohanan itu penting sebagai pendedahan awal kepada petinju Sarawak yang akan berentap di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) kelak.

Dalam pada itu, pihaknya juga akan menganjurkan kursus untuk jurulatih dan pengadil pada tahun depan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru