Tuesday, August 9, 2022

Lelaki ugut bunuh ibu guna pisau

Secara Rawak

KUCHING: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan ugutan jenayah bunuh terhadap ibunya menggunakan sebilah pisau, 27 Disember lepas.

Abang Mohamad, 26, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan terbabit di kediaman mereka di Kampung Pulo Ulu, Petra Jaya, sekitar jam 3.30 petang, 27 Disember lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, tertuduh yang merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik memarahi ibunya kerana enggan menerima teguran supaya dia mencari pekerjaan.

Mahkamah memutuskan sebutan semula pengurusan kes pada 7 Febuari 2022.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru