Tuesday, January 25, 2022

Dalam kepak ayam goreng ada kepala ayam

Secara Rawak

ENGLAND: Seorang wanita baru-baru ini berkongsi foto kepala ayam yang ditemuinya dalam pesanan sayap gorengnya di salah satu rangkaian restoran makanan segera di England yang kini tular di media sosial.

Menerusi catatannya di Instagram, dia memberitahu menjumpai kepala ayam goreng dalam hidangan sayap ayamnya.

Penemuan itu menyebabkan selera makannya hilang serta-merta.

Fotonya mengundang pelbagai jenis reaksi daripada pengguna media sosial.

Sebahagian daripada mereka menyuarakan kebimbangan, rasa meluat, malah ada yang turut menganggap kejadian itu melucukan.

Premis makanan tersebut dalam kenyataan mereka memberitahu siasatan dijalankan.

Mereka juga memberi jaminan langkah lanjut diambil mengelak kejadian seperti itu berulang.

Pihak restoran juga memberi pampasan kepada wanita itu dengan memberinya makanan percuma.

Menurut Ary news, dia dijemput ke restoran bersama-sama ahli keluarganya untuk berinteraksi dengan kakitangan dan memeriksa dapur sendiri supaya dia yakin mendapat pengalaman yang baik pada masa depan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru