KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 23 kes harian positif Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes setakat hari ini adalah 252, 262.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 21 kes adalah daripada kategori 1 dan 2 dan dua kes melibatkan kategori 3.
“Daerah Lawas mencatatkan sebanyak 6 kes, diikuti Kuching (4), Sibu (4), Bintulu (2), Miri (2), Limbang (2), Telang Usan (2) dan Kabong (1),” katanya.
Tambah JPBN, tiada kes kematian dan kluster baharu dilaporkan setakat hari ini.