Thursday, May 19, 2022

Zahid bidas politik nista eksploitasi gambar lama

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas  pihak yang mengamalkan politik nista dengan  mengeksploitasikan gambar lama beliau memikul bantuan banjir sebagai langkah mempersoalkan keadaan sebenar kesihatan beliau sekarang.

“Sebenarnya ini gambar lama saya yang dirakam semasa banjir di Pahang pada 7 Jan,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu di Facebook.

Beliau berkata pihak tertentu cuba mengaitkan gambar lama itu dengan rawatan yang beliau terima di luar negara bulan lalu.

“Dakyah mereka saya baru selesai menjalani rawatan tetapi sudah berupaya memikul barangan berat untuk mangsa banjir pada minggu lalu,” katanya.

Beliau menegaskan berkata pihak berkenaan tidak sudah-sudah dengan politik “nista” dalam keadaan ramai rakyat berdepan kesulitan akibat bencana.

“Nampak gaya mereka ini masih tidak serik-serik,” katanya lagi yang jelas kesal dengan perbuatan tidak beretika itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan membidas sebuah laman Facebook milik parti politik yang didakwa menyebarkan dakwaan tidak benar berkenaan terhadap Zahid.

Beliau berkata hantaran yang dilakukan oleh admin akaun tersebut sebagai fitnah malah gambar yang dimuat naik adalah gambar lama.

”Bukan dalam seminggu ini. Saya berbaju merah ada di sebelah depan Ahmad Zahid. Ini gambar lama sewaktu di Pahang pada awal Januari 2021,” katanya.

“Masa itu beliau belum sakit belakang dan leher lagi. Pembedahan yang dilakukan beliau adalah pada awal Nov 2021.

“Harap semak sebelum sebar. Prinsip apa yang kekal? Kekal menfitnah ke?” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru