Thursday, August 18, 2022

Singapura larang pekerja tidak divaksin bekerja

Secara Rawak

SINGAPURA: Bermula 15 Januari, Individu yang tidak divaksin tidak dibenarkan kembali ke tempat kerja walaupun keputusan saringan sebelum acara (PET) Covid-19 adalah negatif.

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengumumkan perkara itu semalam, berbeza dengan keputusan pada Oktober lalu yang mengatakan individu tidak divaksin dibenarkan ke tempat kerja jika diuji negatif.

“Susulan semakan dan perbincangan dengan rakan tiga pihak, kami memutuskan untuk mengeluarkan konsesi PET bagi individu tidak divaksin untuk kembali ke tempat kerja mulai 15 Januari 2022,” kata MOH dalam satu kenyataan.

Sementara, pekerja yang sudah divaksin sekurang-kurangnya satu dos vaksin diberikan tempoh penangguhan sehingga 31 Januari untuk melengkapkan suntikan vaksinasi itu, tambah kementerian itu.

Semasa tempoh penangguhan tersebut, mereka dibenarkan kembali tempat kerja sekiaranya keputusan saringan PET adalah negatif.

“Perubahan ini akan membantu melindungi individu yang tidak divaksin dan mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat untuk semua orang,” kata MOH.

Vaksinasi menjadi syarat kelulusan atau pemberian pas jangka panjang baharu, pas kerja, serta kediaman tetap mulai 1 Februari tahun depan. Sijil vaksinasi turut diperlukan ketika pekerja memperbaharui pas kerja sedia ada.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru