Tuesday, January 25, 2022

Sanggup patahkan jari tangan sendiri untuk dapatkan RM13,000

Secara Rawak

LUZHOU: Lelaki di Luzhou, Sichuan, China dipenjara selepas sengaja melanggar jarinya sendiri dan merancang skim untuk menipu seorang penunggang motosikal.

Dia dikatakan meminta wang ganti rugi sekitar RM13,000 (20,000 yuan) daripada mangsa.

Menurut penunggang motosikal bernama Zheng, dua lelaki menghentikannya di sebatang jalan dan terus membonceng di belakang motosikalnya.

Mereka memintanya menggunakan jalan yang dipenuhi lubang sehingga menyebabkan motosikalnya terbalik.

Salah seorang penumpang bernama Liu mendakwa jarinya cedera parah, dan memaksa Zheng menemaninya ke hospital. Pihak hospital mengesahkan jarinya patah.

Liu kemudiannya memberitahu Zheng, lebih baik menyelesaikan isu itu secara tertutup, dan sia meminta Zheng membayarnya 20,000 yuan sebagai pampasan.

Bagaimanapun, ketika Zheng meminjam wang daripada saudara-maranya, dia menyedari ia mungkin satu penipuan dan melaporkannya kepada polis.

Polis berjaya memperoleh bukti penting dalam kes ini selepas doktor mengesahkan kecederaan lelaki itu bukan berlaku baru-baru ini.

Ternyata Liu mengalami patah jari tersebut pada awal Ogos dan kemudian merancang melakukan penipuan bersama-sama rakannya.

Mereka secara khusus menyasarkan penunggang motosikal.

Menurut Global Times ketika ini, tiga suspek berkaitan kes itu termasuk Liu ditahan polis tempatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru