Thursday, May 19, 2022

RM10,000 untuk Pusat Kanak-Kanak Gereja St Francis Lundu

Secara Rawak

LUNDU: Adun Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan menambah RM4,000 menjadikan peruntukan RM10,000 untuk Pusat Kanak-Kanak Gereja St Francis Lundu.

Menulis di Facebooknya, Azizul berkata pusat tersebut merupakan idea yang sangat baik untuk perkembangan kanak-kanak dari umur 4 tahun ke atas ketika pemikiran kanak-kanak berkembang.

Beliau memenuhi permintaan Kaunselor Medan Tanjung yang mewakili Pemanca Benjamin Gersit Anak Jais pada Majlis Sumbangan Asnaf Sempena Hari Krismas N3 Tanjong Datu di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu.

Azizul turut menyampaikan hadiah Krismas kepada seramai 20 kanak-kanak dan Ketua Kaum Dan Masyarakat Daerah Lundu.

Sumbangan asnaf pula diwakilkan kepada Kaunselor Medang Tanjung, Puan Lancia Tasing dan Encik Collin Duncan untuk diagihkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru