Thursday, May 19, 2022

Projek PPRT Kampung Nangka Kota Samarahan siap sepenuhnya

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Projek Bina Baru Rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Tahun 2021 bagi kawasan Kampung Nangka, Kota Samarahan telah siap sepenuhnya.

Penyerahan projek tersebut disempurnakan oleh Penolong Pegawai Daerah Samarahan, Jerry Zainuddin Bidin dan turut dihadiri Jurutera Awam Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Anellen Fam Chen Chang pada Isnin.

Projek PPRT tersebut telah dilaksanakan oleh kontraktor T.J Supplies Enterprise dengan Pejabat Daerah Samarahan sebagai agensi pelaksana.

Difahamkan, projek tersebut telah bermula pada 18 Oktober 2021 dan siap sepenuhnya pada 20 Disember 2021.

Dalam pada itu, penerima yang ditemui sempat merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas bantuan yang telah diberikan. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru