Tuesday, August 9, 2022

Kawal harga 12 barangan termasuk ayam

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Menteri KPDNHEP Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian maklum atas semua isu yang dibangkitkan oleh penternak ayam dan pengeluar telur ayam di negeri ini.

Pada 7 Disember lepas KPDNHEP melaksanakan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) ke atas 12 jenis barangan berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2021.

Manakala, pelaksanaan SHMMP Krismas 2021 berkuat kuasa 23 hingga 31 Disember ini melibatkan lapan jenis barangan harga terkawal.

KPDNHEP mengadakan sesi libat urus bersama wakil industri dan penternak negeri Sarawak membincangkan isu penetapan harga maksimum bagi ayam dan telur.

Menurut Alexander, penetapan harga tersebut dilaksanakan melalui SHMKM dan SHMMP ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru