Tuesday, August 9, 2022

Cemas, lelaki diterbangkan layang-layang 30 kaki di udara

Secara Rawak

SRI LANGKA: Sebuah video ngeri membabitkan lelaki ditarik 30 kaki di atas tanah sambil bergantung pada tali layang-layangnya menjadi tular di seluruh platform media sosial.

Menurut Daily Mail lelaki itu yang dikenali sebagai Nadarasa Manoharan itu mengambil bahagian dalam permainan layang-layang di Point Pedro, Jaffna apabila kejadian itu berlaku.

Video tular itu menyaksikan lelaki itu memegang seutas tali ketika dia melayang di udara.

Orang ramai cuba menariknya kembali ke bawah, tetapi usaha mereka tidak membuahkan hasil kerana tiupan angin yang kuat dan saiz wau tersebut yang besar.

Dia sudah berada di ketinggian 30 kaki apabila rakan-rakannya berjaya mengawal layang-layang tersebut itu.

Kira-kira 15 kaki ke tanah dia dilihat melepaskan tali dan terjun ke tanah.

Nadarasa Manoharan dilaporkan cedera ringan dalam kejadian mencemaskan itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru