Tuesday, August 9, 2022

Anjing liar selamatkan bayi yang dibuang kesejukan

Secara Rawak

NEW DELHI: Seorang bayi yang baru lahir dan masih bertali pusat dibuang ibu bapanya dalam keadaan tiada berpakaian di India, lapor Okezone.

Nasib bayi itu amat baik selepas seekor ibu anjing dengan bantuan anak-anaknya bertindak mengelilinginya, memanaskan badannya sepanjang malam.

Penemuan bayi malang ini mengejutkan penduduk Chattisgarh, India.

Penduduk mendakwa, seseorang yang tidak bertanggungjawab meninggalkan bayi itu di sebuah ladang pada waktu malam.

Ketika ditemui penduduk, bayi itu menangis sambil dirangkul oleh ibu anjing dan anak-anaknya.

Dia juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mungkin kehangatan anak anjing dan ibunya yang menyelamatkan bayi terbabit. Biasanya suhu turun pada waktu malam lebih-lebih lagi pada bulan Disember,” kata penduduk.

Penduduk tempatan memberitahu agensi kerajaan tempatan Panchayat, yang terus menghubungi polis.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru