Thursday, May 19, 2022

UTC bakal ada di Samarahan

Secara Rawak

SAMARAHAN: Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan dibina dan dilaksanakan di Samarahan bagi kemudahan penduduk di Bahagian Samarahan. 

Perkara ini dijelaskan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang menerusi satu kenyataan pada Isnin yang memberitahu rundingan bersama pihak pengurusan Pusat Beli Belah The Summer sedang dilaksanakan. 

Sehubungan itu, Rubiah menerima kunjungan daripada Pengarah Urusan The Summer Mall, Datuk Lee Chee Fui bersama rombongan bagi membincangkan perkara tersebut. 

“Kunjungan kali ini dibuat atas jemputan saya untuk berunding beberapa perkara berkaitan dengan usaha untuk merealisasikan Projek UTC di Samarahan seperti yang telah dikemukakan dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada persidangan yang lepas,” katanya. 

Jelas Rubiah lagi, pihaknya telah melakukan rundingan secara aktif bersama Kementerian Kewangan Malaysia dalam usaha memastikan UTC ini dapat diwujudkan di Samarahan.

Kewujudan UTC ini sangat penting kerana Bahagian Samarahan mempunyai ramai populasi dan turut didiami penjawat awam dan swasta serta pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi. 

Ini menjadikan mereka amat memerlukan perkhidmatan pentadbiran awam seperti urusan pendaftaran, Imigresen, pengangkutan jalan dan lain-lain lagi.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru