Thursday, May 19, 2022

Piza dipesan lambat sampai, wanita hubungi 911

Secara Rawak

ELGIN: Pihak berkuasa Perbandaran Rideau Lakes memberitahu menerima panggilan 911 kira-kira 9 malam pada awal minggu lalu dari kawasan Elgin, Ontario.

Pemanggilnya wanita berusia 32 tahun yang disifatkan polis sebagai “pembeli lapar” sehingga meminta bantuan mereka kerana pesanan pizanya tidak sampai pada masanya.

Apabila pegawai tiba di lokasi, mereka menemui wanita itu menunggu di dalam kereta bersama-sama anaknya, bersedia untuk menjelaskan rasa tidak berpuas hati dengan restoran itu.

Polis memberitahu dia diberi syarahan dan nasihat berkaitan perkhidmatan 911 dan pembelian piza bukan salah satu daripadanya.

Perkhidmatan 911 adalah “untuk situasi yang mengancam nyawa atau bahaya atau jenayah yang sedang berlaku,” kata polis lagi.

Tiada maklumat lanjut berkaitan kes tersebit, sama ada wanita itu mendapat pizanya atau tidak, lapor Ottawa news.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru