Tuesday, August 9, 2022

Pegawai dikubur bersama wang RM230,000

Secara Rawak

Kisah kematian bekas pegawai Uganda Charles Obong pernah heboh kerana dikebumikan dalam peti mati berisi wang AS$55,000 (RM230,000).

African News melaporkan, wang tersebut dimaksudkan sebagai tebusan di alam akhirat atas dosa yang dilakukan Obong sebagai pegawai awam semasa hidupnya.

Obong tercatat sebagai pejabat senior di Kementerian Pekerjaan Umum dari 2006 hingga 2016.

Daily Monitor melaporkan Obong meninggal pada 17 Disember 2016 setelah menderita sakit kronis. Beliau dimakamkan di kampung halamannya di Lira, Uganda.

Peti mati yang digunakan untuk pemakaman Obong dikatakan menggunakan materi logam berharga AS$5,500 (RM23,000).

Kos pengebumian Obong bagaimanapun dipertikaikan kerana disebut melanggar ketentuan peraturan Uganda tentang anggaran maksimum pemakaman yang dibolehkan bagi pegawai dan anggota legislatif Uganda.

Pada September 2016, parlimen Uganda menetapkan anggaran pemakaman pegawai dan anggota legislatif hanya boleh menghabiskan biaya sekitar AS$2,000 (RM8,300).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru