Wednesday, June 29, 2022

Mangsa banjir dapat wang ihsan RM1000

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk mangsa banjir akibat Monsun Timur Laut kini ditingkatkan kepada RM1,000 daripada RM500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana itu, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menurutnya, sejajar dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jumlah BWI tersebut diberi bukan sahaja untuk ketua isi rumah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetapi turut diperluas kepada ketua isi rumah yang tidak berpindah ke pusat tersebut.

“(Berikutan penambahbaikan ini), mangsa boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding sebelum ini hanya sekali semasa monsun terbabit manakala bantuan kematian kepada waris mangsa dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan kemas kini Kementerian Kewangan hari ini yang menyenaraikan peruntukan dan langkah tambahan diambil kerajaan bagi menangani banjir pada tahun ini seperti dipetik Bernama.

Dalam pada itu, kementerian itu berkata, bagi menyegerakan pemberian BWI kepada mangsa banjir, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 24 Dis, 2021, telah menyalurkan peruntukan awal BWI sebanyak RM26.9 juta kepada semua negeri yang terjejas.

“Selaras dengan penambahbaikan BWI, Kementerian Kewangan akan memastikan NADMA mendapat peruntukan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan sebenar,” katanya.

SourceASTRO

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru