KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 19 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 31,334 kes.
Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, tiga korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Perak (empat), Pulau Pinang (tiga), Johor (dua) serta Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Pahang, Perlis, Selangor, Labuan dan Putrajaya.
Sebanyak 44,815 kes aktif dilaporkan, termasuk 306 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 170 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini ialah 2,741,179.